Thursday, April 1, 2010

5 Teras Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010

Setelah membuat rundingan dan mesyuarat serta perbincangan antara ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2010.Kami dengan berbesar hatinya ingin mengumumkan bahawa teras-teras dan dasar-dasar MPP UMK bagi sesi 2009/10 adalah seperti berikut:

PEMBUDAYAAN INTIPATI KEUSAHAWANAN SECARA IDEAL

· Meningkatkan budaya keusahawanan sebanyak 50% dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.

· Melahirkan usahawan- usahawan baru yang bermotivasi, kreatif, inovatif, proaktif, dan kompetitif (mensasarkan sebanyak 20% daripada bilangan mahasiswa/i UMK yang bakal menamatkan pengajian pada pertengahan tahun 2011)

· Membimbing serta membantu dalam melahirkan usahawan-usahawan dalam kalangan ibu tunggal dan mualaf (sasaran sebanyak 10%)

KHIDMAT SOSIAL, KESUKARELAWANAN DAN KEMASYARAKATAN

· Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi penyayang dengan memupuk semangat kekitaan dan konsep saling membantu.

· Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang memiliki sikap kesukarelawanan dan bersedia menghadapi arus cabaran yang terkini.

· Mengharumkan nama baik UMK dengan sumbangan bakti sosial dalam pembangunan masyarakat khususnya masyarakat desa.

· Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa betapa beruntungnya mereka dan harus bersyukur dengan apa-apa yang ada melalui aktiviti yang direncanakan.

· Memartabatkan nilai keusahawanan, kemasyarakatan dan khidmat sosial.

AKADEMIK, KERJAYA DAN PENGANTARABANGSAAN

· Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kemahiran ICT dalam kalangan mahasiswa supaya lebih kompetitif dan mampu menembusi pasaran yang lebih terbuka dan mencabar.

· Memperkukuh dan memperluas pelaksanaan program pertukaran mahasiswa dan mahasiswi dengan universiti dalam dan luar negara.

· Menganjurkan program yang menyokong kesepaduan ilmu antara mahasiswadengan persekitaran pembelajaran seperti kampus dan masyarakat.

· Memastikan mahasiswa dan mahasiswi memiliki kompetensi yang tinggi dalam kemahiran insaniah seperti komunikasi, bahasa, pemikiran analitikal dan kritikal.

PEMBANGUNAN NILAI, KEROHANIAN DAN MODAL INSAN

· Memantapkan sahsiah diri pelajar sehingga 40% daripada 30% melalui pelbagai program bagi mencapai kecemerlangan dari segi jasmani dan rohani.

· Menitikberatkan etika yang dilihat melalui pemerhatian dalam kajian sosial dari 15% ke 30% dan ingin menimbulkan karakter mahasiwa cemerlang

PERPADUAN, INTEGRITI DAN GAYA HIDUP SIHAT

· Menerapkan perpaduan yang kini dapat dilihat hanya sebanyak 40% untuk diterapkan sehingga 60% dalam kalangan mahasiswa UMK menerusi aktiviti yang direncanakan.

· Mewujudkan integrasi nasional 30% ke 50% dalam kalangan mahasiswa melalui sukan dan kebudayaan.

· Menjadi medium penghubung antara kaum untuk berinteraksi.

· Melahirkan mahasiswa yang energetik, cergas dan aktif dalam semua bidang yang diceburi

0 comments:

Post a Comment