Saturday, October 16, 2010

Pertandingan Mencipta Nama,Logo & Tema rasmi Pesta Konvo Ke-1 UMK 2011


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya,Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010 ingin mempelawa mana-mana mahasiswa & mahasiswi UMK untuk menyumbangkan idea serta kreativiti anda dalam mencipta nama,logo & tema rasmi untuk Pesta Konvokesyen UMK kali pertama yang bakal diadakan pada tahun 2011.
Untuk makluman,format yang dikehendaki dalam menghantar penyertaan ini hendaklah dalam bentuk format JPEG/Microsoft Words/PSP/Microsoft PowerPoint.

Hadiah misteri menanti anda & anda bakal diiktiraf sebagai individu yang telah mencipta sejarah dalam memperkenalkan nama,tema & logo rasmi Pesta Konvokesyen UMK yang kali pertama.

Sila hantarkan penyertaan anda sebelum 15 NOVEMBER 2010 kepada:

Sdr.Mohamad Hafizudin b. Mohd Nasarudin (017-2258035)

Sdr.Muhammad Nor b. Nasarudin (016-2685930)

Sdr. Ikhwan Syafaat (013-5931398)

Sdri. Che Mazni (0179047789)

Sdr. Chuah Kee Yong (017-9553229)

ataupun emailkan kepada : mpmumk@gmail.com

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan (K3G) UMK 2010


Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa pada 21-23 Oktober ini,program Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan (K3G) UMK 2010 akan diadakan di sekitar kampus sementara UMK,Taman Bendahara Pengkalan Chepa. Antara aktiviti yang menarik yang akan berlangsung pada hari tersebut adalah:

-Program Gerak Usahawan Kampus
-Program Hari Kerjaya
-Program Gerak Siswazah Tani
-Pameran dan Pembukaan Booth daripada pelbagai agensi
-Dan pelbagai aktiviti menarik lagi


Oleh yang demikiran,kami menjemput semua lapisan masyarakat serta mahasiswa/i UMK untuk bersama-sama menghadiri dan melawat pameran-pemeran,ceramah serta program-program yang menarik yang akan dijalankan pada hari tersebut.Bersama menjayakan keusahawanan sebagai teras UMK selaku universiti keusahawanan no.1!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Majlis Perwakilan Pelajar UMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga mahasiswa/i serta kakitangan Universiti Malaysia Kelantan.

Semoga pada Syawal yang mulia ini dapat kita berkongsi kegembiraan bersama sanak -saudara dan sahabat handai yang tercinta.

Jika ada sebarang salah dan silap daripada pihak kami,sepanjang kami menjawat tugas,mohon maaf zahir & batin dipinta.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua mahasiswa/i UMK.

Jadikanlah cuti 2 minggu ini sebagai masa yang sesuai untuk membuat aktiviti yang berfaedah sekaligus membuat persiapan sebelum sesi pertengahan kedua semester bermula.

Semoga kita berjumpa lagi selepas cuti! :-)

Thursday, August 19, 2010

Program Baktisiswa Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Bersama Masyarakat.


Assalamu'alaikum WBT.
Jabatan Hal-Ehwal Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar 2010,bakal menganjurkan Program Baktisiswa Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Bersama Masyarakat.
Kami menjemput semua lapisan warga mahasiswa/i Universiti Malaysia Kelantan untuk menyertai program ini.
Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa/i UMK termasuk yang non-muslim.Sehubungan dengan itu,sesiapa yang berminat,bolehlah mendaftar nama di senarai nama yang telah disediakan di Business Centre,Blok 4 Kolej Kediaman.
Kami berharap,dengan penganjuran program ini,dapatlah mengukuhkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat sekaligus merencanakan program2 kebajikan dalam kalangan mahasiswa.Sekian,Terima Kasih.


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa


Di kesempatan ini,pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010 ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat terutamanya mahasiswa/i UMK.
Marilah bersama-sama kita menjadikan bulan ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk memuhasabah diri dan merubah diri sekaligus menjadi hamba Allah SWT yg beriman dan bertaqwa dan diharapkan ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini akan berlanjutan sehingga ke bulan-bulan seterusnya.
Jadikan ramadhan ini sebagai masa untuk bermujahadah dan mengawal nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah SWT.
Semoga segala ibadah kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
InsyaAllah

Tuesday, July 20, 2010

Karnival Sukan Mahasiswa (KRiSMA) UMK 2010


Majlis Perwakilan Pelajar 2010 dengan kerjasama Jabatan Sukan,Ko-Kurikulum dan Kebudayaan Universiti Malaysia Kelantan bakal menganjurkan Karnival Sukan Mahasiswa (KRiSMA) yang dijadualkan berlangsung pada 25-30 Julai 2010 ini.
Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah:

1) Futsal (Lelaki & Wanita) - Gelanggang Futsal UMK
2)Badminton (Lelaki & Wanita) - Dewan Badminton Tengku Anis,Pengkalan Chepa
3)Bola Jaring - Sek.Men.Sains Tengku Faris Petra
4)Bola Tampar (Lelaki & Wanita) - Sek.Men.Sains Tengku Faris Petra
5)Ping-Pong (Campuran) - Kolej Kediaman UMK
6)Tenpin Bowling (Lelaki & Wanita) - Billion Shopping Mall,Kota Bharu

Oleh itu,bagi sesiapa yang ingin mendaftar menjadi atlet/pemain,silalah berjumpa dengan wakil Fakulti masing-masing iaitu Sdr.Azfar Dolmat (FKP),Sdr Rovindran (FASA), Sdr.James Koo (FTKW) dan Sdri.Siti Shakinna Chu (FPV).

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 12.00 tengahari (25/7/2010)
Jadual dan peraturan permainan akan dikeluarkan dalam jangka masa terdekat.

Friday, July 16, 2010

KEMPEN JOM SOLAT


Peristiwa israk dan mikraj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat,yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara alangsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan malaikat.., Justeru Muslimin muslimat marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat kita...Amin

MAJLIS DIALOG & AMANAT NAIB CANSELOR BERSAMA MAHASISWA/I UMK


Anjuran:Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010

Majlis yang julung kali diadakan ini memberi peluang kepada mahasiswa/i UMK terutamanya mahasiswa/i tahun akhir untuk berdialog bersama Dato' Naib Canselor UMK.
Sepanjang kita berada di UMK,sudah pasti kita mempunyai sesuatu untuk diperkatakan dan disampaikan kepada Naib Canselor yang sudi meluangkan masa bersama kita pada malam itu.
Naib Canselor UMK juga akan menyampaikan amanat sebagai bekalan persediaan sebelum kita bergraduasi kelak.
Mahasiswa tahun akhir diwajibkan untuk hadir ke majlis ini.
Semua mahasiswa tahun 2 & 3 dijemput hadir...

Tarikh:
18 Julai 2010
Masa:
9.00pm - 11.30pm
Tempat:
Dewan Terbuka Keusahawanan UMK

Wednesday, June 30, 2010

Selamat Datang Ke UMK kepada Mahasiswa dan Mahasiswi baru!

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan 2010 ingin mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru yang akan mendaftar di Kampus Pengkalan Chepa pada 3 Julai 2010.Semoga anda menjadi generasi penerus kegemilangan universiti dan selamat menjalani kehidupan di kampus!

Wednesday, June 23, 2010

Kalendar Akademik UMK sesi 2010/11

Berikut dilampirkan Kalendar Akademik Universiti Malaysia Kelantan bagi sesi 2010/11 untuk rujukan mahasiswa/i UMK.Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih besar.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Bercuti Warga UMK

Di Kesempatan ini,kami daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010 ingin mengucapkan Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Mahasiswa dan Mahasiswi UMK.Semoga anda dapat memanfaatkan masa bercuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat membuat sebarang penambahbaikan bagi menghadapi masa yang akan datang.
Jumpa anda lagi di semester seterusnya! :-)


Tuesday, May 4, 2010

Konvensyen Mahasiswa Anak Perak 2010

Dengan Segala Hormatnya Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010 menjemput mahasiswa/i UMK yang berasal dari Negeri Perak D.R untuk sama-sama menyertai Konvensyen Anak Perak yang bakal diadakan pada 10 - 12 Jun 2010 bertempat di Bangunan SUK Perak,Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dan Gugusan Manjoi.

Segala kos makan minum,penginapan semasa program akan ditanggung oleh pihak urusetia.T-Shirt percuma disediakan.

Untuk urusan pendaftaran,sila berikan nama anda di Business Centre sebelum 6 Mei 2010.
Sebarang maklumbalas,sila hubungi:

Sdr Sharizal: 013-9770362
Sdr Hafizudin : 017-2258035

Monday, April 26, 2010

Kesilapan Teknikal Buletin MPP @ Semasa

Salam Sejahtera,oleh kerana beberapa kesilapan teknikal yang tidak disengajakan,pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMK ingin memohon maaf atas sedikit ralat yang berlaku pada buletin edisi pertama ini.Berita mengenai,

1) Isu ketiadaan bekalan air
2)Isu Yuran dan Surat Tawaran Kemasukan Pelajar
3)Isu lawatan ke Jabatan Bendahari
4)Laporan Majlis Dialog MPP-FASA dan;
5)Isu air bertakung

akan disiarkan pada edisi Julai akan datang.Terima Kasih atas sambutan dan komen-komen yang bernas mengenai buletin kami.Kebajikan Anda,Keutamaan Kami...!!

Thursday, April 15, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Kepada Semua Warga Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Di Kesempatan ini,kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMK sesi 2009/10 ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester.
Semoga Segala Usaha,Doa dan Tawakkal kita diberkati olehNya seterusnya mendapat kejayaan di dalam peperiksaan kali ini.TQ


Saturday, April 3, 2010

Pengumuman: Pertandingan Catur Tertutup UMK

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia saya ucapkan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mengadakan Pertandingan Catur Tertutup bagi mencungkil bakat baru dan terpendam dalam kalangan mahasiswa/i UMK. Untuk makluman semua, beberapa peserta yang layak akan dipilih untuk mewakili UMK dalam Majlis Sukan Universiti (MASUM), Oleh itu jadual pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 & 6 April 2010
Masa: 10.15 malam
Tempat: DK 6 & DK 2

Sehubungan itu, jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, Sila hubungi ahli-ahli MPP berikut untuk maklumat lanjut:

1. Saudara Luqman 014-5105459
2. Saudara Alif 013-3705977

Thursday, April 1, 2010

Pengumuman: Majlis Perjumpaan MPP bersama YDP kelab dan Pesatuan UMK bagi sesi 2009/2010

Pihak MPP akan mengadakan sesi perjumpaan bersama pengerusi kelab dan Persatuan seperti berikut:-

Tarikh: 5 April 2010
Masa: 10.00 malam
Tempat: DK 3 & 4

Sehubungan itu, diharapkan semua pengerusi kelab dan Persatuan dapat membawa bersama Ahli Majlis Tertinggi serta memberi kerjasama penuh terutama dari segi ketepatan masa supaya majlis ini berjalan lancar.

5 Teras Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010

Setelah membuat rundingan dan mesyuarat serta perbincangan antara ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2010.Kami dengan berbesar hatinya ingin mengumumkan bahawa teras-teras dan dasar-dasar MPP UMK bagi sesi 2009/10 adalah seperti berikut:

PEMBUDAYAAN INTIPATI KEUSAHAWANAN SECARA IDEAL

· Meningkatkan budaya keusahawanan sebanyak 50% dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.

· Melahirkan usahawan- usahawan baru yang bermotivasi, kreatif, inovatif, proaktif, dan kompetitif (mensasarkan sebanyak 20% daripada bilangan mahasiswa/i UMK yang bakal menamatkan pengajian pada pertengahan tahun 2011)

· Membimbing serta membantu dalam melahirkan usahawan-usahawan dalam kalangan ibu tunggal dan mualaf (sasaran sebanyak 10%)

KHIDMAT SOSIAL, KESUKARELAWANAN DAN KEMASYARAKATAN

· Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi penyayang dengan memupuk semangat kekitaan dan konsep saling membantu.

· Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang memiliki sikap kesukarelawanan dan bersedia menghadapi arus cabaran yang terkini.

· Mengharumkan nama baik UMK dengan sumbangan bakti sosial dalam pembangunan masyarakat khususnya masyarakat desa.

· Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa betapa beruntungnya mereka dan harus bersyukur dengan apa-apa yang ada melalui aktiviti yang direncanakan.

· Memartabatkan nilai keusahawanan, kemasyarakatan dan khidmat sosial.

AKADEMIK, KERJAYA DAN PENGANTARABANGSAAN

· Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kemahiran ICT dalam kalangan mahasiswa supaya lebih kompetitif dan mampu menembusi pasaran yang lebih terbuka dan mencabar.

· Memperkukuh dan memperluas pelaksanaan program pertukaran mahasiswa dan mahasiswi dengan universiti dalam dan luar negara.

· Menganjurkan program yang menyokong kesepaduan ilmu antara mahasiswadengan persekitaran pembelajaran seperti kampus dan masyarakat.

· Memastikan mahasiswa dan mahasiswi memiliki kompetensi yang tinggi dalam kemahiran insaniah seperti komunikasi, bahasa, pemikiran analitikal dan kritikal.

PEMBANGUNAN NILAI, KEROHANIAN DAN MODAL INSAN

· Memantapkan sahsiah diri pelajar sehingga 40% daripada 30% melalui pelbagai program bagi mencapai kecemerlangan dari segi jasmani dan rohani.

· Menitikberatkan etika yang dilihat melalui pemerhatian dalam kajian sosial dari 15% ke 30% dan ingin menimbulkan karakter mahasiwa cemerlang

PERPADUAN, INTEGRITI DAN GAYA HIDUP SIHAT

· Menerapkan perpaduan yang kini dapat dilihat hanya sebanyak 40% untuk diterapkan sehingga 60% dalam kalangan mahasiswa UMK menerusi aktiviti yang direncanakan.

· Mewujudkan integrasi nasional 30% ke 50% dalam kalangan mahasiswa melalui sukan dan kebudayaan.

· Menjadi medium penghubung antara kaum untuk berinteraksi.

· Melahirkan mahasiswa yang energetik, cergas dan aktif dalam semua bidang yang diceburi

Tuesday, March 30, 2010

Pengumuman: Sesi Temuduga Sekretariat MPP

Bagi pemohon sekretariat MPP yang masih belum hadir ke sesi temuduga,sila hadirkan diri bagi sesi temuduga terakhir pengambilan Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMK) pada 1 April 2010 bersamaan hari Khamis,bermula jam 9.00 malam bertempat di Bilik Gerakan MPP (B1-GF-16).Pakaian adalah smart casual.TQ! :-)

Pengumuman:Baktisiswa Aprisiasi Warisan Asli 2010

Program Baktisiswa Aprisiasi Warisan Asli 2010 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010 akan diadakan di wilayah Jeli pada 8,9 dan 10 hb April 2010 bersamaan hari Khamis,Jumaat dan Sabtu.Oleh itu kepada semua mahasiswa/i UMK yang berminat untuk menyertai program ini,bolehlah mendaftarkan nama ke pejabat Hal Ehwal Pelajar sebelum 7hb April 2010.Kami mengalu-alukan penyertaan anda.Bersama-samalah kita menjayakan program kemasyarakatan ini.

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi MPP UMK 2010

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada pihak kami, Majlis Perwakilan Pelajar 2010 untuk memikul amanah ini dengan menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh mahasiswa/i demi memastikan suara mahasiswa,isu-isu kebajikan,akademik dan universiti dapat berjalan dengan lancar.Hari ini, 30 Mac 2010,laman web ini sudah mula beroperasi dan diharapkan kewujudan laman ini sekaligus dapat memberikan sedikit sebanyak info tentang perjalanan dan makluman Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPP-UMK) sesi 2010 ini.Semoga dengan kewujudan laman ini sekaligus dapat memberikan info-info kampus UMK yg benar lagi telus di kalangan mahasiswa/i UMK.