Monday, April 26, 2010

Kesilapan Teknikal Buletin MPP @ Semasa

Salam Sejahtera,oleh kerana beberapa kesilapan teknikal yang tidak disengajakan,pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMK ingin memohon maaf atas sedikit ralat yang berlaku pada buletin edisi pertama ini.Berita mengenai,

1) Isu ketiadaan bekalan air
2)Isu Yuran dan Surat Tawaran Kemasukan Pelajar
3)Isu lawatan ke Jabatan Bendahari
4)Laporan Majlis Dialog MPP-FASA dan;
5)Isu air bertakung

akan disiarkan pada edisi Julai akan datang.Terima Kasih atas sambutan dan komen-komen yang bernas mengenai buletin kami.Kebajikan Anda,Keutamaan Kami...!!

Thursday, April 15, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Kepada Semua Warga Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Di Kesempatan ini,kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMK sesi 2009/10 ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester.
Semoga Segala Usaha,Doa dan Tawakkal kita diberkati olehNya seterusnya mendapat kejayaan di dalam peperiksaan kali ini.TQ


Saturday, April 3, 2010

Pengumuman: Pertandingan Catur Tertutup UMK

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia saya ucapkan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mengadakan Pertandingan Catur Tertutup bagi mencungkil bakat baru dan terpendam dalam kalangan mahasiswa/i UMK. Untuk makluman semua, beberapa peserta yang layak akan dipilih untuk mewakili UMK dalam Majlis Sukan Universiti (MASUM), Oleh itu jadual pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 & 6 April 2010
Masa: 10.15 malam
Tempat: DK 6 & DK 2

Sehubungan itu, jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, Sila hubungi ahli-ahli MPP berikut untuk maklumat lanjut:

1. Saudara Luqman 014-5105459
2. Saudara Alif 013-3705977

Thursday, April 1, 2010

Pengumuman: Majlis Perjumpaan MPP bersama YDP kelab dan Pesatuan UMK bagi sesi 2009/2010

Pihak MPP akan mengadakan sesi perjumpaan bersama pengerusi kelab dan Persatuan seperti berikut:-

Tarikh: 5 April 2010
Masa: 10.00 malam
Tempat: DK 3 & 4

Sehubungan itu, diharapkan semua pengerusi kelab dan Persatuan dapat membawa bersama Ahli Majlis Tertinggi serta memberi kerjasama penuh terutama dari segi ketepatan masa supaya majlis ini berjalan lancar.

5 Teras Majlis Perwakilan Pelajar UMK 2010

Setelah membuat rundingan dan mesyuarat serta perbincangan antara ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2010.Kami dengan berbesar hatinya ingin mengumumkan bahawa teras-teras dan dasar-dasar MPP UMK bagi sesi 2009/10 adalah seperti berikut:

PEMBUDAYAAN INTIPATI KEUSAHAWANAN SECARA IDEAL

· Meningkatkan budaya keusahawanan sebanyak 50% dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.

· Melahirkan usahawan- usahawan baru yang bermotivasi, kreatif, inovatif, proaktif, dan kompetitif (mensasarkan sebanyak 20% daripada bilangan mahasiswa/i UMK yang bakal menamatkan pengajian pada pertengahan tahun 2011)

· Membimbing serta membantu dalam melahirkan usahawan-usahawan dalam kalangan ibu tunggal dan mualaf (sasaran sebanyak 10%)

KHIDMAT SOSIAL, KESUKARELAWANAN DAN KEMASYARAKATAN

· Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi penyayang dengan memupuk semangat kekitaan dan konsep saling membantu.

· Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang memiliki sikap kesukarelawanan dan bersedia menghadapi arus cabaran yang terkini.

· Mengharumkan nama baik UMK dengan sumbangan bakti sosial dalam pembangunan masyarakat khususnya masyarakat desa.

· Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa betapa beruntungnya mereka dan harus bersyukur dengan apa-apa yang ada melalui aktiviti yang direncanakan.

· Memartabatkan nilai keusahawanan, kemasyarakatan dan khidmat sosial.

AKADEMIK, KERJAYA DAN PENGANTARABANGSAAN

· Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kemahiran ICT dalam kalangan mahasiswa supaya lebih kompetitif dan mampu menembusi pasaran yang lebih terbuka dan mencabar.

· Memperkukuh dan memperluas pelaksanaan program pertukaran mahasiswa dan mahasiswi dengan universiti dalam dan luar negara.

· Menganjurkan program yang menyokong kesepaduan ilmu antara mahasiswadengan persekitaran pembelajaran seperti kampus dan masyarakat.

· Memastikan mahasiswa dan mahasiswi memiliki kompetensi yang tinggi dalam kemahiran insaniah seperti komunikasi, bahasa, pemikiran analitikal dan kritikal.

PEMBANGUNAN NILAI, KEROHANIAN DAN MODAL INSAN

· Memantapkan sahsiah diri pelajar sehingga 40% daripada 30% melalui pelbagai program bagi mencapai kecemerlangan dari segi jasmani dan rohani.

· Menitikberatkan etika yang dilihat melalui pemerhatian dalam kajian sosial dari 15% ke 30% dan ingin menimbulkan karakter mahasiwa cemerlang

PERPADUAN, INTEGRITI DAN GAYA HIDUP SIHAT

· Menerapkan perpaduan yang kini dapat dilihat hanya sebanyak 40% untuk diterapkan sehingga 60% dalam kalangan mahasiswa UMK menerusi aktiviti yang direncanakan.

· Mewujudkan integrasi nasional 30% ke 50% dalam kalangan mahasiswa melalui sukan dan kebudayaan.

· Menjadi medium penghubung antara kaum untuk berinteraksi.

· Melahirkan mahasiswa yang energetik, cergas dan aktif dalam semua bidang yang diceburi